Tuesday, February 8, 2011

Harimau Muda



Sejak mendengar idea penubuhan Pasukan Bola Sepak Harimau Muda , dr Ball sangat tertarik dengan Idea yang sangat Bernas ini. Pada  dr Ball keputusan ini adalah keputusan yang sangat baik untuk memajukan situasi bola sepak negara yang sedang merundum pada waktu itu. semangat supporter kita untuk menyokong pasukan negeri masing-masing sangat hambar, kita hilang keyakinan dengan kemampuan pemain kebangsaan negara kita atas prestasi yang tidak seberapa, rangking fifa kita turun sehingga pernah keluar kenyataan yang kurang bijak kita harus bertanding perlawanan persahabatan  dengan negara lebih lemah untuk menaikkan rangking kita. 




Terbentuknya  pasukan harimau muda yang mana sekumpulan pemain muda negara bermain bersama setiap waktu , setiap perlawanan menurut dr ball sangat baik, ia dapat memberi peluang setiap pemain untuk bermain baik secara berpasukan, mereka dapat mengenal karakter pemain, gaya pemainan, mengexploitasikan kelebihan dan menutup kekurangan teman pemain sepasukan. Masalah seperti ketidakserasian dalam permainan seperti ini berlaku kepada setiap pasukan negara di seluruh dunia, maupun England juga pernah gagal ke piala Eropah gara-gara masalah teamwork yang tidak serasi antara frank lampard-steven Gerard dan Grecee menjulang Piala Eropah kerana pelatih berjaya membentuk pasukan yang solid yang mengenal satu sama lain ,walaupun berasaskan pemain dengan kemampuan dibawah pemain kelas eropah lain. Kini hasil dari penubuhan Harimau Muda telah mulai kita tuai, Kejayaan membawa Pulang Pingat Emas sukan Sea menjadi Detik permulaan dan Diteruskan dengan kejayaan lebih besar menjuarai AFF suzuki Cup 2010.





Harimau Muda diberi peluang untuk berkembang dengan pendedahan perlawanan bola sepak berkualiti dari lawan yang lebih kuat,Harimau muda bermain di slovakia dapat mengenal lawan yang bermain dengan gaya bola sepak Eropah, dengan bermain di Liga super Malaysia, liga Perdana  dr ball percaya ini dapat meningkatkan kualiti permainan, kualiti kejurulatihan,mengenal dan  mengembangkan potensi pemain dengan lebih maksimal. dr ball harap lepas ni program seperti ini dapat diteruskan. harimau muda dapat dihantar ke negara yang lain, yang memiliki cara bermain yang berbeza, mungkin ke korea atau ke china.     
Taniah FAM, Taniah semua Pemain Harimau Muda, Taniah kepada seluruh rakyat malaysia!!
mari kita ramaikan stadium, dengan menonton bola kita dapat menghilangkan stress kerja, ajak anak isteri semua sekampung.







to be continue


No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Click sini Utk Sedekah