Thursday, March 3, 2011

Setem Harimau Juara AFF Suzuki Cup 2010



Tiga pemain pasukan yang memenangi Piala AFF Suzuki, Mohamad Muslim Ahmad, Mohamad Fadhli Shas dan K. Gurusamy turut hadir pada majlis tersebut



Kejayaan pasukan Harimau Malaya membawa pulang Piala AFF Suzuki masih lagi diraikan. Kali ini, Pos Malaysia mengambil kesempatan untuk turut sama memberI penghormatan kepada wira bolasepak negara melalui koleksi setem terbarunya.


Setem kenang-kenangan dan sampul surat hari pertama ini dikeluarkan khas bagi mengabadikan kejayaan pasukan Malaysia dalam memenangi Piala AFF Suzuki 2010.


Pos Malaysia telah menghasilkan koleksi setem istimewa ini dengan tema ‘Juara Piala AFF Suzuki 2010’. Ini merupakan kali pertama Pos Malaysia bekerjasama dengan Persatuan Bolasepak Malaysia dalam menghasilkan bahan filateli


Sempena memperingati kemenangan Malaysia, dua reka bentuk setem yang unik telah dikeluarkan dalam denominasi 60sen setiap satu. Reka bentuk pertama memaparkan trofi AFF Suzuki 2010 di atas helaian setem berbentuk bolasepak.


Satu lagi reka bentuk pula memaparkan pingat AFF Suzuki 2010 di atas helaian setem berbentu segiempat padang bolasepak.




No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Click sini Utk Sedekah